Anwar akan gigit jari lagi?

Anwar akan gigit jari lagi?

Guest Contributors: Kazi Mahmood, Isa Selamat
Anwar Ibrahim perlu cepat memutar haluan nakhodanya kalau ingin menang PRU 15. Dia perlu fahami nurani pemilih melayu dan jangan terlalu mesra dengan DAP.

Saat ini peluang terbaik sebab masyarakat melayu dah muak dengan UMNO. Kalau lambat Anwar akan gigit jari lagi.

Idiologi nasionalisme diteruskan namun pro melayu diperkukuh. Ini mungkin kunci dan strategi yang perlu diperkuat utk Anwar menuju ke Putrajaya.

Malaysia perlu tokoh seperti Anwar cuma masyarakat masih belum terima parti yang bergabung bersamanya.

Ramai generasi muda di luar bandar selebihnya, benci Anwar kerana kerajaan sebelum ini mengunakan pelbagi media masa untuk memalukan dia selama 22 tahun dengan pelbagai tuduhan palsu.

Generasi muda tidak terfikir kenapa semua Pemerintah dulu dan sekarang begitu takut dengan perkembangan beliau.

Kenapa beliau saja jadi sasaran kerajaan 2 kali?

Generasi muda sekarang kurang mengenali tentang beliau? Tahukah mereka yg beliau adalah bapa reformasi dan juga bapa yang pertama menentang kleptokarasi, autoritarian.

Generasi muda tidak tahu kisah Anwar melalui latihan kepimpinan belia Asia dengan ramai tokoh-tokoh pemimpin belia Indonesia dan Asia seawal 1970.

Generasi muda tidak tahu Putera Raja Arab Saudi pernah mencari tokoh belia Islam sekitar 1970an kerana Putera Raja Saudi mahu membantu negara-negara Islam pembangunan Islam di Malaysia. Tengku Razaliegh Hamzah menyebut nama Anwar kepada Putera Raja Arab Saudi itu.

Generasi muda pun tidak tahu Anwar hanya menaiki motosikal kapcai pada September 1998 apabila akhirnya beliau ditangkap di rumahnya.

Generasi muda malah tidak tahu DS Wan Azizah Wan Ismail masih bekerja di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) awal tahun 2000 sebelum bersara dan menceburkan diri dalam politik sepenuh masa

Generasi muda tidak tahu pihak penjara turut menyediakan meja bacaan, buku dan alat tulis kepada Anwar dan Syed Husin Ali di Kem Tahanan Kamunting, Taiping. Ada lawatan keluarga dan sahabat tetapi generasi muda tidak tahu siapakah yang datang melawat?

Sesiapa yg sayang Reformasi negara dan beliau sepatunya share tentang informasi sejarah beliau kepada generasi muda yg hanya tahu main PUBG , FB, Tiktok saje.

Jangan biarkan dia jadi kurang popular kerana dia seorang saje rakyat harapkan untuk reformasi institusi kerajaan.

Isa Selamat is an Editor at Worldfuturetv.com and Kazi Mahmood is an Editor at Business Today