ABIM Sarawak kesal tindakan vandalisme ke atas harta benda awam
- ABIM Sarawak mengambil serius tindakan sebuah sayap parti politik di Sarawak yang meletakkan pelekat bertulisan Cina pada papan tanda di beberapa buah jalan sekitar Kuching.
- Bagi kami, ia adalah tindakan yang kurang bijak dan boleh mengakibatkan ketegangan yang hanya akan merugikan rakyat.
- Tindakan sedemikian sepatutnya dibuat melalui cara yang betul dan mengikuti lunas undang-undang. Ia boleh dilihat sebagai satu tindakan vandalisme ke atas harta benda awam.
- ABIM Sarawak menegaskan agar mana-mana entiti di Sarawak sewajarnya hanya melibatkan diri dalam aktiviti yang memberikan kesan positif kepada kepentingan negara terutamanya dalam soal perpaduan antara rakyat yang berbilang budaya, bangsa dan agama.
- Negeri Sarawak sememangnya terkenal dengan kepelbagaian budaya yang sangat diraikan oleh penduduk negeri ini dan seharusnya menjadi contoh kepada negeri-negeri lain di Malaysia yang dikhuatiri masih dilanda kemelut faham perkauman yang sempit.
- Oleh itu, adalah tanggungjawab semua pihak di Sarawak untuk menjaga
keharmonian yang sedia ada di negeri yang kita cintai ini. Elakkan sebarang tindakan yang hanya akan merugikan rakyat.