PH Harus Waspada Jangan Terperangkap Atau Leka Dengan Permainan Puak-Puak PN
PH Harus Waspada Jangan Terperangkap Atau Leka Dengan Permainan Puak-Puak PN.
Mereka sengaja viralkan cerita-cerita dan angka-angka tentang covid, agar tumpuan pemimpin-pemimpin PH dan rakan-rakan pembangkang yg lain tertumpu kepada masalah covid19.
Tp pada masa yang sama puak2 mereka dah sibuk dengan segala persiapan2 utk hadapi pru 15.
Malah, bilik2 gerakan mereka ada yang telah dibuka, termasuk di Dun Semerak, dalam parlimen Pasir Puteh.
Mereka sentiasa adakan mesyuarat demi mesyuarat di belakang tabir covid19.
Persoalannya, apa pula persiapan dan persediaan PH dan rakan-rakan pembangkang yg lain?
Ikhlas dan jujur saya beritahu, memang tak nampak apa-apa persiapan dan persediaan.
Jgn terkejut, jika pru 15 diadakan secara mengejut..Itu strategi mereka.
Tanda2-tanda awal pru 15 semakin hampir ialah bila pengeluaran i-sinar kwsp telah dipermudahkan tanpa syarat dan segala sekatan ekonomi semasa awal-awal PKP dahulu, kini mula diperlonggarkan, dengan harapan rakyat bergembira dan berterima kasih kepada kerajaan PN hari ini.
Mohon pemimpin PH tidak leka dan alpa hingga terlupa untuk perkemaskan persiapan untuk hadapi pru 15!