Wanita Aceh bertahan 3 hari tanpa makanan, minum air hujan & makan beras bercambah
Banjir besar Sumatera: Fatimah di Pidie Jaya lapar tiga hari, minum air hujan, terpaksa makan beras bertunas kerana tiada pilihan.
Seorang penduduk Pidie Jaya, Aceh, Fatimah berkongsi pengalaman menyayat hati terperangkap banjir selama tiga hari tanpa makanan. Dalam video Yayasan Mawaddah yang tular, beliau terpaksa menadah air hujan dengan botol untuk minum sambil menanti banjir surut.
“Hari ketiga baru boleh keluar naik perahu,” katanya sebak.
Sukarelawan turut rakam beras bantuan yang sudah bercambah dan berakar, namun penduduk tetap ambil kerana tiada bekalan lain.
“Kami takut kelaparan… sawah padi sudah musnah,” luahnya.
Ribut Senyar pada 27 November menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh di Aceh, Sumatera Utara serta Sumatera Barat. Lebih 400 orang masih hilang.

